INFO MENGENAI STEVIA & PRODUK STEVIA

STEVIA REBAUDIANA - PEMANIS SEMULAJADI - HERBA STEVIA

KEPERLUAN PEMANIS KEPADA MANUSIA
Pemanis merupakan bahan asas utama dalam industri pengeluaran makanan dan minuman. Permintaan dan keperluan ke atas pemanis adalah sangat tinggi pada setiap masa. Pada masa ini pemanis yang popular digunakan adalah gula (tebu), ini disebabkan pengguna masih tiada pilihan lain bagi menggantikannya walaupun mengetahui kesan sampingannya kepada kesihatan.

Natural Sweetener


Produk : Natural Sweetener 
1 Botol x 15ml - RM40.00
3 Botol x 15ml - RM100.00 ( Auto jadi ahli )

SMS : 0139910717

Taja Pakej Sekotak RM100.00 
- RM15.00 simpan utk UMRAH dan RM25.00 dibayar Cash

STEVIA REBAUDIANA
Stevia Rebaudiana adalah herba yang berasal dari Paraguay. Masyarakat Indian Paraguay dan asli Brazil telah menggunakannya untuk memaniskan minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Walaubagaimana pun seorang saintis bernama Antonio Bertoni merekodkan penggunaan pertama kali di Paraguay pada tahun 1887.

KELEBIHAN
Stevia adalah satu-satunya tumbuhan yang tiada kalori, lemak, karbohidrat dan toxid. Ia sangat sesuai di gunakan sebagai pemanis semulajadi bagi menggantikan gula & pemanis tiruan lain seperti aspartame & sukrosa. Daun stevia mempunyai kemanisan antara 15-20 kali manis daripada gula. Ianya sesuai dijadikan teh minuman dan di gunakan dalam masakan. Ekstrak Stevia mempunyai kemanisan sehingga 150-300 kali manis daripada gula bergantung kandungan stevioside & rebaudioside.

PENGGUNAANSangat sesuai di gunakan di dalam:
Minuman

Pemanis Stevia sesuai gunakan sebagai pemanis alternatif bagi mengganti gula atau pemanis tiruan dalam minuman seperti minuman berkarbonat, jus buahan, minuman kesihatan & sukan dan sebagai pemanis minuman harian kepada kopi, tea, milo dan minuman lain.

Makanan
Digunakan dalam penyediaan makanan seperti cokelat, biskut, yogut, jem, jeli, snek, gula-gula, pastri, kicap, sos, chewing gum, airskrim & masakan harian.

o Perubatan

Stevia juga banyak di gunakan dalam perubatan dan produk kosmetik seperti di gunakan dalam produk ubat gigi sebagai agen anti plak/carries, kajian juga mendapati stevia dapat menurun tekanan darah tinggi, menstabilkan kandungan gula dalam darah tanpa memberi kesan ke atas tekanan darah yang normal. Di atas sifat Stevia yang tiada kalori, lemak dan karbohidrat, ianya sangat baik di gunakan sebagai agen bagi mengawal, menurunkan berat badan dan penjagaan kesihatan keseluruhannya.

PENERIMAAN
Stevia kini merupakan bahan pemanis no 1 di gunakan di Jepun dengan penggunaan sebanyak 50% menguasai pasaran. Pada masa ini, Stevia telah di gunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, bermula di Paraguay & Brazil meluas ke Jepun, Korea, China, Taiwan, Australia, Malaysia, USA, Canada, Russia dan Ukraine.

MASA DEPANDengan adanya pemanis alternatif ini. Stevia merupakan pilihan terbaik dan tepat bagi menggantikan pengunaan gula dan pemanis tiruan lain yang banyak mendatangkan kemuradatan kepada manusia terutama pengidap kencing manis, darah tinggi & untuk mengurangkan berat badan. Perubahan kepada penggunaan pemanis Stevia dalam pemakanan/minuman harian akan membantu mengurangkan penyakit diabetis dan secara tak langsung akan membantu pihak Kerajaan mengurangkan perbelanjaan yang besar bagi merawat jumlah pesakit diabetis yang semakin bertambah pada setiap tahun. Stevia sangat berpotensi sebagai pemanis alternatif yang akan menguasai pasaran di masa hadapan apabila masyarakat telah menyedari akan kebaikannya.
INFO MENGENAI STEVIA & PRODUK STEVIA INFO MENGENAI STEVIA & PRODUK STEVIA Reviewed by KelateDaily Online on 4:50 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

dapatkan segera

Dikuasakan oleh Blogger.