DELIMA ORGANIK YMR


1 BOTOL 1 LITER : RM145.00
2 BOTOL X 1 LITER DAN FREE SEBOTOL 330ML : RM245.00
HARGA TERMASUK KOS POS

SMS ORDER - <DELIMA>0139910717

MAYBANK - MAHADI CHE HARON - 112080586371

Jus Delima Organik Al-Rumman

MENGAPA DELIMA
Description: http://www.yusmahoney.com/ymr/images/phocagallery/PRODUK/JDL100%20copy.pngDelima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An’am : 99)
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Ada sejumlah atsar hadis tentang buah delima yang dinisbahkan kepada Rasullah S.A.W atau kepada keluarga baginda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang Bermaksud:
Buah Delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang.
Baginda bersabda:
Adam, buah kurma, buah anggur, dan buah delima diciptakan dari satu jenis tanah
Baginda bersabda:
Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya dapat membersihkan perut besar.Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dengan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari
Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.
Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut diliputi dengan kulit keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Berikutan daripada kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.


Kebaikan Delima Yang Perlu Anda Tahu

Delima digelar “super fruit” kerana mengandungi antioksida yang tinggi, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Menurut Dr.Ahmad Nabil Abu Khatwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati dan melindungi seseorang dari 200 jenis penyakit.
Jus delima Al-Rumman membantu menyelesaikan masalah di bawah:
  • Kolestrol Berlebihan
  • Anemia / Leukemia
  • Masalah Saraf & Otot-Otot
  • Gout / Sakit Sendi / Atritis
  • Resdung (Seduan)
  • Pendarahan Gusi
  • Radang Tekak @ Batuk
  • Buasir (Pendarahan)
  • Sistem Penghadaman / Gastrik
  • Ibu-Ibu Mengandung / Bersalin
  • Masalah Rahim / Peranakan
  • Kurang Tenaga / Letih Lesu
  • Masalah Kulit
  • Berat Badan Berlebihan
  • Nyanyuk / Pelupa
  • Masalah Usus / Kecacingan
  • Migraine / Sakit Kepala
  • Mengawal HIV
  • Stress / Kemurungan
  • Jangkitan Pundi Kencing
  • Jangkitan Virus / Bakteria


Mengapa Jus Delima Al-Rumman

Dengan khasiat yang begitu banyak terkandung di dalam buah delima, Syarikat YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD telah mengambil inisiatif untuk memanfaatkan buah delima kepada masyarakat dalam bentuk jus. Jus Delima Al-Rumman diperbuat daripada perahan buah delima organic yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakan produk lain yang berada di pasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil.
Jus Delima Al-Rumman ini dihasilkan dari buah delima organik yang diperah berserta dengan kulitnya. Proses ini dipantau oleh USDA (United States Department of Agriculture) yang merupakan satu badan dunia yang mengawasi ladang-ladang organik. Ini kerana hanya buah delima yang di tanam secara organic sahaja boleh diperah berserta dengan kulit. Kulit delima banyak mengandungi khasiat sepertimana yang di sebut dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut - [Diriwayatkanoleh Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni]
Dengan adanya jus delima Al-Rumman yang dikeluarkan oleh YMR International Marketing Sdn Bhd. masyarakat boleh memanfaatkan khasiat buah delima untuk mencegah dan mengubati pelbagai jenis penyakit. Jus delima Al-Rumman merupakan jus delima yang terbaik kerana jus delima Al-Rumman bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Ini kerana Jus delima Al-Rumman ini dihasilkan menerusi proses penuaian buah delima organik yang terpilih sehinggalah dibotolkan dengan proses ‘Hot Filling’.
Semasa proses pembotolan, buah delima yang diperah sekali dengan kulit dan dipanaskan sehingga 90°c bagi mematikan bakteria. Jus delima yang telah diperah akan diisikan dalam keadaan botol bersuhu 90°c dan ditutup dengan Safety Button Cap.
Selepas proses pembotolan, jus delima yang telah dibotolkan akan dikuarantin selama 2 minggu. Selepas 2 minggu hanya jus delima yang elok sahaja akan diambil untuk dilabelkan serta dipasarkan. Dengan teknologi pemprosessan yang baik ini, dapat menambah keyakinan bahawa Jus delima Al-Rumman boleh bertahan selama 2 tahun setelah dibotolkan walaupun tanpa bahan pengawet.
Jus delima Al-Rumman juga mempunyai rasa yang berbeza setiap botol kerana buah delima yang di perah akan terus dibotolkan tanpa perlu disimpan didalam satu tangki yang besar. Rasa setiap botol jus Delima Al-Rumman akan bergantung kepada keadaan buah semasa diperah. Jika buah yang diperah semua masak ranum, jus delima Al-Rumman akan terasa manis, jika buah delima yang diperah bercampur buah tidak cukup masak, jus Delima Al-Rumman akan terasa sedikit masam.
Untuk menikmati kehebatan Jus delima Al-Rumman ini, ianya boleh didapati di HQ atau mana-mana stokis yang berdekatan. Pembelian yang dibuat di HQ akan diberikan penghantaran secara percuma dan sekiranya berlaku jus pecah dalam tempoh penghantaran syarikat akan bertanggungjawab.


Kajian-Kajian dan Bukti Kehebatan Buah Delima

Antara kajian-kajian saintifik yang di jalankan oleh universiti luarnegara untuk membuktikan kehebatan buah delima mengandungi banyak khasiat adalah daripada Universiti of Califonia, Los Angeles yang dalam kajiannya menyatakan bahawa antioksida dalam jus delima menduduki tempat pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida. Jus delima mengatasi jus anggur merah, jus blueberry, jus blackberry, jus acaiberry, jus kranberi, jus oren, the dan jus epal.

Rujukan: http://www.health.com/health/article/0,,20410481,00.html
Profesor Perubatan Dan Patologi Klinikal Di University Naples,Italy yang bernama Claudio Napoli di dalam kajiannya, beliau telah menemui yang pholyphenol dan sebatian-sebatian asli lain yang terkandung dalam jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (pengerasan salur jantung). Beliau juga mengandaikan bahawa kesan-kesan perlindungan untuk tubuh selepas meminum jus buah delima adalah lebih tinggi daripada sebelumnya.

Rujukan:https://www.acufinder.com/Acupuncture+Information/Detail/Pomegranate+Juice+Fights+Heart+Disease,+Study+Says
Di Universiti Queen Margaret, Edinburgh, Dr.Emad Al-Dujaili merupakan Pensyarah Kanan Biokimia telah membuat kajian menunjukkan penggunaan jus delima asli mempunyai satu potensi dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian sukarelawan, kira-kira 70 % mereka yang menggunakan separuh liter jus dalam masa 2 minggu (36ml/hari) menunjukkan penurunan dalam tekanan darah tinggi mereka sebanyak 3-7Hg.

Rujukan: http://www.medicalnewstoday.com/releases/221961.php
Pat Hagon, UK & World News telah mengemukan kajian menunjukkan 5 daripada 10 lelaki yang mempunyai masalah ereksi Berjaya diubati dengan meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil Viagra atau Cialis.

Rujukan: http://www.dailyrecord.co.uk/news/uk-world-news/sex-lives-pepped-up-by-pomegranate-963710
Utusan Online dalam artikelnya menyatakan bahawa buah delima mengandungi bahan oksidan(flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kologen sihat yang melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas dan ia juga mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan.

Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
Dalam Web Rasmi Hospital Taiping menyebut dalam artikelnya bahawa khasiat buah delima ini adalah baik untuk melindungi Jantung, menurunkan kadar kolestrol, mencegah dan memperlambatkan penyakit Alzheimer, mencantikan kulit dan baik untuk ibu mengandung.

Rujukan: http://htaiping.moh.gov.my/v4/index.php/using-joomla/extensions/components/content-component/article-categories/355-khasiat-buah-delima
Dalam website detikhealth menyatakan didalam artikelnya bahawa antioksidan yang paling banyak terdapat dalam buah delima ialah polyphenol dan dilengkapi dengan vitamin A,C dan E serta asid folik yang penting pada awal kehamilan.Ia juga mengandungi zat anti inflammatory, isoflavon yang dapat membunuh kanser. Serta mencegah penyumbatan salur darah yang disebabkan oleh kolestrol tidak baik iaitu LDL.

Rujukan: http://health.detik.com/read/2009/06/23/150357/1152670/766/buah-pome-si-antioksidan-baru
Dr David Lewis, Pengarah Neurosains Mindlabs Universiti Sussex, UK menyatakan dalam kajiannya bahawa lelaki yang meminum jus delima akan meningkatkan kesan rangsangan yang lebih tinggi berbanding dengan jus lain. Selain itu, jus delima ini terbukti lebih berkesan terhadap lelaki berbanding wanita.

Rujukan: http://www.express.co.uk/news/weird/73181/Juice-that-gives-men-sex-boost
Dalam web site National Geografic New menyatakan kajian daripada Claudia Napoli, University of Naples Italy, menunjukkan bahawa antioksida dalam jus delima boleh melambatkan atherogenesis dan penyakit yang berkaitan seperti penyakit jantung dan strok/angin ahmar.

Rujukan: http://news.nationalgeographic.com/news/2005/03/0322_050322_pomegranates.html
Lloyd de Vries, CBSNEWS – Dalam artikelnya menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam buah delima yang dipanggil antioksida dapat membantu mengurangkan sakit sendi atau arthritis. Ekstrak buah delima dapat mengekang tahap keradangan yang dipanggil interleukin-1b (1L-1b) dan juga membendung enzim yang menghakis rawan.

Rujukan: http://www.cbsnews.com/2100-500368_162-830305.html
Professor Naughton, Kingston University London – Kulit buah delima boleh dijadikan salap untuk melawan bacteria yang tidak bertindak balas terhadap antibiotic seperti penyakit MRSA. Ia adalah satu kejayaan yang besar dalam mencipta ubat berasaskan tumbuhan yang memungkinkan pesakit kurang mengalami kesan tambahan yang lain.

Rujukan : http://www.kingston.ac.uk/news/article/67/16-dec-2009-pomegranates-the-latest-weapon-in-the-fight-against-mrsa/


Keterangan Produk

Jus Delima organik Al-Rumman diperbuat daripada perahan buah delima organik yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakkan produk lain yang terdapat dipasaran. Sijil Organik juga telah dikeluarkan oleh USDA (United States Department of Agriculture) keatas produk jus delima Al-Rumman dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian Malaysia.
Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil. Jus delima Al-Rumman juga telah dikelaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai makanan atau minuman. Jus delima Al-Rumman ini juga telah mendapat pengiktirafan Halal daripada KAS cert International (Turki) yang mana salah satu badan Halal diiktiraf oleh JAKIM. Dengan adanya sijil-sijil ini, pengguna tidak perlu risau tentang keselamatan untuk menggunakan produk ini.
Jus Delima organik Al-Rumman didatangkan dalam 2 isipadu iaitu 1 liter dan 314ml. Pengguna hanya perlu mengikut sukatan yang disyorkan untuk melihat keberkesanannya.
Harga yang ditawarkan oleh produk kami ternyata berbaloi jika dibandingkan dengan khasiat yang anda akan perolehi dari amalan meminum jus delima Al-Rumman.
DELIMA ORGANIK YMR DELIMA ORGANIK YMR Reviewed by KDaily on 6:05 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

dapatkan segera

Dikuasakan oleh Blogger.